Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kebebasan akhbar Malaysia terus merosot
Diterbitkan:  Apr 26, 2017 5:38 PM
Dikemaskini: 11:05 AM

Malaysia ditempatkan pada kedudukan 144 daripada sejumlah 180 buah negara dalam ranking terkini kebebasan akhbar anjuran Reporters Without Borders (RSF), naik dua tempat berbanding tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, relatif kebebasan akhbar Malaysia merosot berdasarkan markah keseluruhan sebanyak 46.89 mata, naik 0.32 mata berbanding tahun sebelumnya.

Skor lebih tinggi menunjukkan kurangnya kebebasan akhbar.

Negara paling rendah rankingnya ialah Korea Utara dengan skor 84.98 mata manakala negara tertinggi dalam ranking itu adalah Norway dengan markah 7.6 mata.

Tahun lepas, Malaysia memperbaiki kedudukan dengan naik satu tempat walaupun skor meningkat.

Secara keseluruhan, RSF menyatakan bahawa situasi kebebasan akhbar di seluruh dunia semakin terancam kerana keadaan menjadi semakin buruk dalam dua pertiga daripada 180 negara berkenaan.

Malaysia kini diapit antara Gambia dan Sudan Selatan dalam sistem ranking RSF itu.

Di peringkat serantau, Malaysia berada di belakang Indonesia (124), Filipina (127), Myanmar (131), Kemboja (132), Thailand (142) tetapi lebih terkehadapan berbanding Singapura (151), Brunei (156), Laos (171) dan Vietnam (175).

Myanmar yang kini menjalani peralihan demokratik menunjukkan peningkatan yang ketara berdasarkan sistem ranking, diikuti oleh Indonesia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS