Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penduduk Sekinchan bantah kebanjiran pengundi 'asing'

Sekumpulan penduduk Sekinchan membuat percubaan untuk 'membuang' kira-kira 1,200 nama individu yang mencurigakan dalam daftar pengundi.

Beberapa pengundi 'asing' dikatakan datang dari negeri-negeri lain sejauh Sabah atau yang tinggal di kawasan-kawasan lain dalam Selangor.

Terdapat juga contoh dengan terdapat berpuluh-puluh kemasukan baru dengan nama-nama bukan Melayu tetapi didaftarkan beralamat kampung-kampung Melayu.

Ia merupakan antara alasan yang dipetik oleh kira-kira 20 penduduk Sekinchan semasa proses perbicaraan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Selangor hari ini.

Mereka diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim.

"Kami bawa bersama-sama ketua-ketua kampung, penyelaras kawasan (Sekinchan). Kami telah periksa (senarai pengundi) dan jelas bahawa mereka ini bukan orang tempatan," kata Ng.

Setiap pengadu dibenarkan membuat bantahan terhadap 20 nama dalam senarai tersebut. Perbicaraan dijadualkan pada hari ini, 2 Mei dan 3 Mei ini.

Ng berkata, ia bukan kali pertama dengan pengundi dipindahkan ke Sekinchan atas alasan yang meragukan.

Sebelum tahun 2008, penduduk di kawasan yang diwakili Ng telah membantah sejumlah 334 pengundi yang didakwa mereka 'dipindahkan' dari Tanjong Karang ke Sekinchan yang terletak bersebelahan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS