Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nur Jazlan: Hentikan perang mulut mengenai Zakir Naik

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa semua pihak untuk menghentikan perang mulut berhubung isu pendakwah Islam Dr Zakir Naik yang diberikan taraf pemastautin tetap (PR) di Malaysia.

Beliau juga mengingatkan bahawa Kementerian Dalam Negeri sedang memantau semua kumpulan yang terlibat.

“Saya nak nasihatkan semua kumpulan ini supaya hentikanlah peperangan mulut di awam ini.
Sama ada kumpulan dari Islam, Hindu dan sebagainya.

"KDN (kementerian dalam negeri sedang) pantau perkara ini dan akan ambil tindakan sekiranya pertikaman lidah ini sebabkan keadaan (menjadi) keruh dan sebabkan keadaan ketenteraman awam terjejas,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas desakan Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK), semalam supaya kerajaan untuk menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan bertindak terhadap Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf).

BERTINDAK, antara lain, dianggotai oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA, Pertubuhan Muafakat Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Mereka, semalam menuduh Hindraf, yang lantang dalam isu Zakir Naik, sebagai kumpulan pelampau yang mahu mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS