Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nazri: Tak guna debat kalau polis dah tak benarkan

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak lagi berharap untuk mengadakan debat antara beliau dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia dah berakhir. ​​Semuanya dah jelas. Kalau ada apa-apa, lebih baik kamu tanya polis terlebih dulu.

"Tak ada gunanya kita rancang (perbahasan) kalau polis sudah merancang terlebih dahulu bahawa mereka tidak mahu membenarkannya," kata Nazri kepada pemberita selepas menghadiri majlis perayaan masyarakat Bangladesh 'Pohela Baishakh' di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata perkara itu bukan kemahuannya dan mengulangi bahawa ia terpulang kepada pihak polis untuk membuat keputusan.

Perdebatan itu sebelum ini dihalang polis sebanyak dua kali, pertama di Kuala Kangsar dan kemudian di Shah Alam, Selangor.

Polis pada mulanya memberikan sebab keselamatan selepas menerima banyak laporan mengenai debat berkenaan.

Mahathir dan Nazri bersetuju membahaskan isu-isu seperti 1MDB, kemasukan RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal BMF, yang berlaku sepanjang tempoh Mahathir berkuasa.

Najib menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan telah dibersihkan daripada sebarang salah laku oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Mahathir bagaimanapun terus menuduh Najib terlibat dalam skandal berkenaan.

Kem Najib sebaliknya menuduh Mahathir cuba untuk menjatuhkan perdana menteri itu bagi menaikkan anaknya, Mukhriz dalam persada politik.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS