Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah benar PERKASA mencelah kes saman Zakir Naik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA untuk menjadi pencelah dalam saman pemula sekumpulan aktivis, yang antara lain memohon mendapatkan perintah penahanan dan pengusiran ke atas pendakwah Dr Zakir Naik.

"PERKASA, sebagai sebuah NGO, mengikut perlembagaan, kita mempunyai tanggungjawab untuk melindungi Islam sebagai agama persekutuan, jadi kami mempunyai locus standi untuk mencelah," kata peguam PERKASA, Adnan Seman kepada pemberita di bangunan mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Plaintif, katanya, tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan mereka untuk mencelah manakala defendan membiarkan mahkamah untuk membuat keputusan.

Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said kemudiannya membenarkan permohonan itu.

Pada Mac lalu, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dan 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives Lim Teck Ghee, memfailkan saman itu.

Mereka juga memohon deklarasi bahawa Zakir adalah ancaman kepada keselamatan negara, keharmonian dan perpaduan rakyat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS