Mahkamah benar penduduk cabar persempadanan SPR
Mahkamah Tinggi Melaka hari ini membenarkan permohonan oleh tujuh penduduk Melaka untuk mencabar persempadanan semula yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Boleh teruskan semakan kehakiman #persempadanan semula Melaka!
"Sekarang mahkamah dengar perintah penangguhan keseluruhan persempadanan semula," kata BERSIH 2.0 menerusi Twitter.
Pada 4 April, tujuh pengundi memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman dan memohon perintah penangguhan terhadap SPR melalui peguam mereka, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Ketujuh-tujuh mereka adalah - Chan Tsu Chong, 29; Neo Lih Xin, 31; Azura Talib, 40; Lim Kah Seng, 31; Norhizam Hassan Baktee, 51; Amir Khairudin, 53 dan Amran Atan, 47 - mewakili pengundi dari kerusi parlimen Kota Melaka dan Bukit Katil mencabar cadangan persempadanan semula SPR yang dianggap mereka sebagai tidak berperlembagaan.

