Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cadangan logo HARAPAN undang bidasan warga maya
Diterbitkan:  May 3, 2017 1:25 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

Beberapa logo yang dicadangkan untuk gabungan Pakatan Harapan menerima kecaman daripada warga maya yang bagi sesetengah mereka tidak melambangkan kerja-kerja secara profesional dan dibuat dengan sambil lewa sahaja.

Bagi artis Yee I-Lann, logo-logo itu begitu "teruk" hingga beliau melabelkannya sebagai “darurat negara".

Yee, seorang artis yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari Sabah, menggesa pereka grafik Malaysia untuk campur tangan untuk ‘menyelamatkan’ gabungan pembangkang itu.

Menerusi laman Facebook Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, tiga logo dicadangkan. Antaranya, satu yang mempunyai imej "ibu jari".

“Majlis Presiden (Pakatan Harapan) minggu lalu telah bersetuju menyenaraipendek logo-logo berikut untuk dikongsi dengan rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumbalas.

“Undi logo HARAAPN yang anda gemari,” tulisnya.

HARAPAN bercadang untuk mendaftarkan gabungan itu dengan Pendaftar Pertubuhan, supaya semua parti-parti komponennya dapat bertanding di bawah satu logo pada pilihan raya umum akan datang.

“Perlu bantuan professional. Logo tidak cukup meyakinkan. Ia seperti direka dgn tidak bersungguh2. Ada ramai pereka grafik di luar sana yg bersedia menyahut cabaran sekiranya dipertandingkan,” kata Abu Aiman di Facebook.

Artis grafik Fahmi Reza juga dilihat tidak berpuas hati dengan cadangan logo berkenaan dan memberikan pilihan dalam bentuk yang menyindir.

Berbanding - versi logo 'ibu jari’ beliau melampirkan logo ‘jari tengah’.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS