PKR mulakan kempen #SPRPenipu

       

Sayap Pemuda PKR akan menulis surat kepada semua pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di setiap negeri bagi memprotes keputusan menghentikan penyediaan salinan draf pendaftaran pengundi semasa tempoh paparan.

Dinamakan sebagai kempen #SPRPenipu, Naib Ketua Pemuda PKR Tan Kar Hing berkata, kempen itu akan menonjolkan bagaimana SPR tidak bertindak dengan cara yang neutral.

"Kami akan menggerakkan ahli Pemuda PKR untuk menghantar memorandum kepada pengarah SPR negeri masing-masing bagi menyuarakan rasa tidak puas hati.

"SPR tidak boleh bertindak sebagai ejen Umno dan BN," kata Tan pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda