Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan memohon untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Exco kerajaan negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung cubaan mendakwa beliau di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Gani dan peguam kerajaan berhujah saman Nik Nazmi adalah penyalahgunaan proses mahkamah, remeh dan menyusahkan.

Peguam Kanan Persekutuan, Zureen Elina Mohd Dom dan Kamal Azira Hassan berkata demikian kepada mahkamah semasa prosiding sebelum perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Peguam Syahredzan Johan mewakili Nik Nazmi.

Difahamkan, permohonan pembatalan itu difailkan selepas Nik Nazmi mengaku bersalah ekoran tidak memberi notis yang mencukupi untuk himpunan 'Black 505 pada tahun 2013 dan didenda RM1,500 pada bulan Disember yang lalu.

Terdahulu, Nik Nazmi, 35, dilaporkan memfailkan saman terhadap Gani pada 31 Mac 2015, mendakwa keputusan peguam negara untuk mendakwanya lagi, walaupun dakwaan awalnya dibatalkan, adalah berniat jahat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS