Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Logo: HARAPAN akhirnya minta cadangan awam
Diterbitkan:  May 4, 2017 12:42 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Selepas cadangannya dihentam teruk, Pakatan Harapan mengalu-alukan orang ramai menghantar rekaan logo mereka untuk digunakan gabungan itu dalam pilihan raya.

“Setelah mengambil kira dapatan dan pandangan umum yang telah diberi, serta berpandukan pandangan dari kalangan pimpinan Pakatan Harapan, pihak media Pakatan Harapan mengalu-alukan cadangan balas reka bentuk logo Pakatan Harapan dari pihak yang berminat,” menurut kenyataannya.

Sebelum ini, HARAPAN menyenarai pendek tiga rekaan berbentuk gambar matahari separuh dengan perkataan HARAPAN berwarna merah dan kuning serta satu logo dengan lambang ibu jari terangkat.

Rata-rata pengguna menyelar rekaan itu yang menurut mereka buruk. Malah ada yang menyindir logo tangan itu mirip logo jenama produk kacang tanah terkenal.

Dalam kenyataan itu, HARAPAN juga menggariskan empat garis panduan rekaan, iaitu:

  • Perlu terdiri daripada dua warna dan perlu disertakan versi hitam putih untuk tujuan paparan di kertas undi.
     
  • Menggunakan simbol yang mudah dikenali atau difahami ramai.
     
  • Mempunyai rasional berteraskan konsep-konsep "harapan", "demokrasi", "keadilan", "integriti" dan "perpaduan".
     
  • Logo mestilah dapat dilihat sepenuhnya, termasuk pada skala kecil (seperti pada lencana baju).
Lihat Komen
ADS