Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Mahathir didik ahli Umno benci DAP'
Diterbitkan:  May 4, 2017 5:49 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Sebuah portal pro-Umno hari ini mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah di antara mereka yang menaburkan benih-benih kebencian terhadap DAP.

Mengulas tulisan terbaru di blog bekas perdana menteri itu yang mempertahankan DAP, MyKMU.net berkata Mahathir, selama beberapa dekad lalu, bercakap mengenai parti pembangkang itu dalam nada negatif dan kritikan.

“Yang gelar (Lim) Kit Siang (pemimpin veteran DAP) bapa rasis adalah Mahathir sendiri.

“Maka Mahathir sedang mencuci balik kata katanya itu, yang dia sendiri dilemparkan kepada DAP dulu.

dap national congress 041216 lim kit siang mahathir“Orang-orang dan ahli ahli Umno membenci DAP sebahagiannya juga adalah atas pengaruh kebencian yang dididik Mahathir terhadap DAP dan Kit Siang.

“Selama berpuluh puluh tahun Mahathir tiada cerita yang baik berkenaan DAP dan Kit Siang. Itu semua orang tahu melainkan mereka yang baru tumbuh gigi dalam arena politik,” kata portal itu.

Dalam catatannya, bekas perdana menteri itu berhujah bahawa orang Melayu dan Umno mempunyai lebih banyak sebab untuk takut terhadap pergantungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas China berbanding DAP.

Beliau juga menyatakan bahawa tidak seperti MCA, yang terdiri oleh anggota yang semuanya berbangsa Cina, keahlian DAP adalah berbilang kaum dan pemimpin mereka bercakap dalam bahasa Melayu semasa mesyuarat.

Nada Mahathir terhadap DAP dikatakan berubah sejak bekas perdana menteri itu, yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), bersama menyertai perjuangan pembangkang.

Walau bagaimanapun, MyKMU membuat spekulasi bahawa tindakan Mahathir itu mungkin berkaitan dengan siasatan ke atas Bank Negara berhubung skandal pertukaran asing (forex) yang berlaku semasa beliau menjadi perdana menteri.

Portal itu mendakwa tindakan Mahathir memuji DAP bersungguh sungguh adalah tindakan “desperado” kerana takut Kit Siang akan bercakap benar apabila dipanggil untuk siasatan itu.

Satu lagi kemungkinan, dakwa portal itu, adalah kemungkinan Mahathir berhasrat menjadikan anaknya sekali lagi sebagai ahli parlimen dengan meletakkannya di kerusi DAP yang selamat pada pilihan raya umum akan datang.

MyKMU juga mendakwa bahawa Mahathir kini bercerita berkenaan DAP melebihi parti BERSATU yang diterajuinya sendiri.

“Kita dapat meragui kenyataan Mahathir dan mempersoalkan sama ada selama ini Mahathir berbohong atau selama ini Mahathir jahil berkenaan DAP?

“Apakah selama 22 tahun, baru hari ini Mahathir tahu berkenaan DAP seperti yang cuba disampaikan pada artikelnya itu?

“Atau, hanya selepas Umno menyisihkannya barulah Mahathir bertukar nada?

“Adakah jika Najib melayan kehendak peribadi Mahathir, apakah kenyataan terhadap DAP semua ini tidak akan wujud?

“Hanya ada satu sahaja jawapan, sama ada Mahathir selama ini jahil , atau selama ini jahat?’ soal penulis rencana yang tidak dinamakan itu.

Pagi ini, Kit Siang menghabiskan kira-kira 30 minit dengan pasukan petugas khas yang diketuai oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS