Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Klasifikasi ‘NFA’ bagi kes Maria ‘tak akan berjalan di atas bumi’
Diterbitkan:  May 4, 2017 6:18 PM
Dikemaskini: 1:55 PM

Dakwaan kes ugutan bunuh ke atas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah telah diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut" (NFA).

Kes berkenaan membabitkan pemimpin Gerakan Merah Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju, yang dilaporkan berkata bahawa Maria "tidak akan berjalan di atas bumi" pada September tahun lalu.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Kertas siasatan telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 14 November 2016 dan kes itu diputuskan sebagai 'NFA' (tiada tindakan lanjut)," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis parlimen.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang ingin tahu status kes itu.

Berikut ugutan bunuh itu, Maria berkata beliau bimbang mengenai keselamatan dirinya dan mempersoalkan sama ada pihak polis akan mengambil tindakan.

Mohd Ali kemudian menafikan pernah mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Maria, dan mendakwa bahawa beliau telah disalah petik.

"Saya tidak bersalah. Saya tidak habiskan ayat saya (dan media) tidak mempunyai sebarang rakaman atau video yang memetik saya mengeluarkan apa-apa (ugutan)," katanya.

Kenyataan Mohd Ali itu dibuat menjelang perhimpunan BERSIH 5 lalu di mana beliau berkeras mahu demonstrasi jalanan itu tidak diadakan.

 

Lihat Komen
ADS