Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemuda MIC: Kenal pasti punca kematian S Pravin secara profesional
Diterbitkan:  May 5, 2017 6:38 AM
Dikemaskini: 10:45 PM

Pemuda MIC menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kematian S Pravin yang berusia 15 tahun, dan menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes itu.

Ketuanya, Datuk C Sivarraajh dalam satu kenyataan semalam berkata, tuduhan yang tidak berasas mungkin boleh mencetuskan salah faham dan ini harus dielakkan.

"Kita berkongsi kesedihan, namun punca sebenar kematian harus dikenal pasti secara benar dan profesional," kata beliau.

Pravin yang telah berhenti daripada persekolahan pada Mac, meninggal dunia pada hari Selasa selepas dikatakan dipaksa meminum racun.

Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan bahawa Pravin telah membunuh diri dengan meminum racun disebabkan cinta yang tidak berbalas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS