Paling Popular
Terkini

Polis mengesahkan penangkapan rakyat Turki ketiga kerana didakwa "mengancam keselamatan dan ketenteraman awam".

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki berusia 40-an, yang sedang dalam perbicaraan kerana didakwa menyerang seorang pegawai imigresen, ditahan semalam di sebuah stesen minyak di Chenor, Pahang.

Pada Rabu lalu, IGP mengesahkan bahawa dua lelaki Turki - yang pada mulanya dikhuatiri diculik - sebenarnya ditahan di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang mengancam keselamatan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua sedang disiasat berhubung kaitan dengan Kumpulan Negara Islam (IS).

Khalid berkata ketiga-tiga mereka kenal satu sama lain tetapi enggan mengulas sama ada mereka ada kaitan dengan IS.

Tetapi apabila ditanya berapa lama mereka telah terlibat dalam aktiviti keganasan, Khalid menjawab: "Dia dah mula terlibat, pasal tu kita ambil tindakan."

IGP berkata pihak polis telah mengumpul maklumat yang mencukupi untuk bertindak ke atas ketiga-tiga mereka.

Beliau berkata lebih banyak tangkapan mungkin dibuat, tetapi tidak mengulas lanjut.

"Tak payah lah saya sebut, nanti (mereka) lari," katanya.

Khalid juga menolak tanggapan bahawa ketiga-tiga ditahan atas permintaan kerajaan Turki, dengan berkata Malaysia mempunyai hak untuk mengambil tindakan untuk menjaga keselamatannya.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS