Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam: Tahanan Turki dinafikan lawatan keluarga

Dua daripada tiga lelaki Turki yang ditahan atas dakwaan berkaitan keganasan awal minggu ini tidak dibenarkan menerima lawatan keluarga dan akses undang-undang, dakwa peguam mereka hari ini.

Peguam Rosli Dahlan berkata, keluarga hanya dibenarkan untuk melawat lelaki berkenaan pada hari Khamis, dua hari selepas ditangkap pada Selasa.

"Polis mengesahkan mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan sedang disiasat di bawah Seksyen 130J Kanun Keseksaan. Mereka dinafikan hak mendapatkan peguam," kata Rosli kepada Malaysiakini.

Seksyen 130J Kanun Keseksaan diklasifikasikan sebagai kesalahan meminta atau memberi sokongan kepada kumpulan pengganas atau melakukan perbuatan mengganas.

T Karaman dan I Aslan ditahan pada Selasa manakala lelaki Turki ketiga, Ismet Ozcelik, ditahan pada Khamis.

Sementara itu, akhbar The Guardian UK, dalam laporan eksklusifnya, menyiarkan gambar Karaman bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS