mk-logo
Berita
Najib, Harakah mesti nyatakan pendirian minggu depan

Datuk Seri Najib Razak dan Harakah perlu memaklumkan kepada mahkamah rayuan minggu depan sama ada mereka akan meneruskan proses rayuan perdana menteri atau menunggu hasil saman Lim Guan Eng ke atas dua akhbar.

Itu adalah hasil prosedur pengurusan kes saman Najib ke atas akhbar rasmi PAS itu yang dibuat di depan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli, hari ini.

Peguam Najib, Nik Alia Hanafi, berkata dia memaklumkan kepada Hanie Dzatul Akhmar mengenai rayuan Lim dan mahkamah persekutuan sudah menetapkan tarikh lain bagi pengurusan kes ketua menteri Pulau Pinang yang menyaman New Straits Times dan Utusan Malaysia itu.

Kemudian mahkamah memutuskan tarikh baru pengurusan kes akan dibuat di depan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pada 17 Mei ini.

"Kedua-dua pihak perlu memaklumkan sama ada mahu meneruskan kes ini atau menunggu keputusan kes Lim," katanya kepada media.

Najib mamfailkan saman ke atas Harakah, pengarah urusannya, Rosli Yaakop dan ketua pengarang akhbar itu, Taufek Yahya berikutan penyiaran satu rencana mengaitkan 1MDB dengan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.

Rencana itu dipetik daripada akhbar New York Times.

Harakah menyatakan mereka tidak akan meneruskan penyelesaian saman itu dan ia sudah dimaklumkan secara rasmi kepada presiden Mahkamah Rayuan ketika itu, Tan Sri Md Raus Sharif pada Disember tahun lalu.

Najib membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak membenarkan perdana menteri meminda kenyataannya dengan memasukkan keterangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang sebelum itu membebaskan beliau daripada sebarang kaitan dengan 1MDB.

Perdana menteri juga memohon kes berkenaan diteruskan tanpa memanggil saksi, termasuk dirinya sendiri.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menolak kedua-dua permohonan berkenaan dan mengarahkan kes itu dibicarakan, tetapi bergantung kepada keputusan rayuan Najib.

Dalam keterangannya, Najib medakwa artikel disiarkan Harakah itu menggambarkan dirinya sebagai pihak yang menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan itu berniat menjejaskan reputasinya.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini