Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kereta api berkelajuan tinggi pertama di Mongolia

Kereta api berkelajuan tinggi pertama di wilayah berautonomi Mongolia di utara China memulakan ujian perjalanan pada Ahad sebelum kemudahan pengangkutan itu beroperasi sepenuhnya akhir Julai, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut Biro Kereta Api Hohhot, kereta api dengan kelajuan 250-275 kilometer sejam itu mula menjalani ujian perjalanan dari Ulanqab ke Hohhot.

Bahagian di Inner Mongolia adalah sebahagian projek kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Hohhot ke Zhangjiakou di Wilayah Hebei .

Wilayah Hebei turut menjadi bandar tuan rumah bersama untuk temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Apabila beroperasi kelak, masa perjalanan antara Ulanqab dan Hohhot dapat dipendekkan daripada sejam kepada 35 minit.

Sebaik projek pembinaan selesai sepenuhnya, perkhidmatan kereta api Zhangjiakou-Hohhot sepanjang 286.8 kilometer dengan kelajuan 250 kilometer sejam itu bakal menjadi perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi utama di utara China. Ia dijangka siap sepenuhnya pada 2018.

Menerusi projek berkenaan membolehkan Zhangjiakou-Hohhot dihubungkan dengan Beijing-Zhangjiakou yang sedang dalam pembinaan.

Masa perjalanan dari Hohhot ke Beijing dapat dikurangkan daripada purata sembilan jam kepada kira-kira tiga jam.

-Bernama

Lihat Komen
ADS