Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akhbar: Jutawan China bakal bangunkan Bandar Malaysia
Diterbitkan:  May 9, 2017 11:11 AM
Dikemaskini: 3:15 AM

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke China minggu ini mungkin menyaksikan beliau membawa pulang sebuah syarikat pemaju baru untuk projek Bandar Malaysia - yang dimiliki oleh lelaki terkaya di China, jutawan Wang Jianlin.

Akhbar The Straits Times Singapura memetik sumber pegawai kerajaan dan eksekutif kewangan sebagai berkata Kumpulan Dalian Wanda - pemaju hartanah terbesar di China - bersedia untuk menjadi pemaju induk bagi Bandar Malaysia.

Berita mengenai perjanjian itu - dispekulasikan adalah "lebih tinggi" daripada penilaian RM12.3 bilion bagi Bandar Malaysia - datang seminggu selepas perjanjian konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC) untuk memiliki 60 peratus pegangan dalam projek bernilai RM7.4 bilion itu ditamatkan.

Bagaimanapun, tawaran Wanda dilaporkan sedang menunggu kelulusan daripada pihak pengawal selia kewangan China, yang kini mengawal aliran keluar modal dari negara itu.

Jika diluluskan, akhbar itu melaporkan perjanjianakan ditandatangani semasa lawatan Najib ke China minggu ini.

Najib dijadual berada di Beijing pada hari Khamis dan Jumaat ini.

Eksekutif kanan Wanda dilapor menyatakan minat mereka dengan Bandar Malaysia apabila mereka bertemu dengan Najib semasa lawatan ke China November lalu.

Kumpulan itu dilapor mencadangkan supaya separuh daripada keluasan Bandar Malaysia digunakan untuk pelancongan dan usaha berkaitan hiburan yang bernilai AS$8 bilion.

Putrajaya pada mulanya bersetuju menjual kepentingan dalam Bandar Malaysia kepada konsortium IWH-CREC sebagai sebahagian daripada langkah penyusunan semula hutang 1MDB.

Rabu lalu, Najib secara tiba-tiba membatalkan lawatannya ketapak projek itu yang terletak di bekas lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS