Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes saman Nurul Izzah terhadap IGP, menteri dibicara 9 Ogos
Diterbitkan:  May 9, 2017 11:56 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar gagal mencapai penyelesaian dengan Ketua PolisNegara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam saman fitnah yang difailkannya terhadap mereka.

Sehubungan itu, saman itu akan dibicarakan selama tiga hari bermula 9 Ogos depan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Faizah Jamaludin menetapkan tarikh itu di kamarnya selepas pihak-pihak berkenaan gagal mencapai penyelesaian.

Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayob yang mewakili Khalid dan Ismail Sabri berkata mereka gagal untuk bersetuju dengan syarat-syarat yang ditawarkan oleh Nurul Izzah hari ini.

Hakim hari ini juga membenarkan permohonan Nurul Izzah supaya bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan tampil di mahkamah untuk memberi keterangan.

"Perintah dibenarkan," kata peguam Nurul Izzah, Shahid Adli Kamarudin.

Semalam, Faizah mengarahkan kes saman itu melalui proses mediasi terlebih dahulu sebelum dibicarakan.

Pada November 2015, Nurul memfailkan saman terhadap Khalid dan Ismail Sabri yang ketika itu adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana menuduhnya sebagai penderhaka kepada negara.

Ia berhubung sekeping gambar memaparkan beliau bersama Jacel Kiram iaitu anak perempuan Jamalulail Kiram yang dikatakan mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Nurul mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Khalid dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 22 November 2015 menyatakan plaintif adalah dalang di sebalik serangan dan pencerobohan oleh Tentera Sulu di Sabah pada 2013, merupakan fitnah dan berniat jahat.

Naib presiden PKR itu juga mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Ismail melalui sidang media selepas satu majlis di Bera, Pahang yang menyatakan beliau seorang penderhaka kepada negara dan terlibat dalam keganasan adalah fitnah.

Sehubungan itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos, dan perintah injunksi bagin menghalang defendan mengulangi dan menerbitkan perkataan fitnah tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS