Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Cubaan aktivis dan peguam Haris Ibrahim untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mendedahkan butiran tentang bagaimana ia mencapai keputusan berhubung proses persempadanan semula kerusi pilihan raya negeri dan persekutuan berakhir dengan kekecewaan.

Ini selepas Mahkamah Persekutuan, yang diketuai oleh tiga hakim utama di negara ini, memerintahkan bahawa adalah tidak wajar untuk memberi kebenaran kepada Haris untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi berhubung permohonannya itu.

"Adalah tidak wajar bagi kami menjawab soalan-soalan (undang-undang yang dicadangkan),” kata Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif ketika menolak rayuan Haris.

Dua hakim lain yang bersidang sama adalah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Ma'arop.

Hakim Md Raus tidak membuat sebarang perintah mengenai kos.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS