Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Mahkamah tak harus bergantung undang-undang bertulis'
Diterbitkan:  May 10, 2017 2:53 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya bergantung kepada undang-undang bertulis atau Perlembagaan Persekutuan dalam memutuskan untuk membatalkan saman misfeasans oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Majlis Peguam, George Varughese menjelaskan, pelakuan tort misfeasans di pejabat awam berasal dari undang-undang biasa British yang tidak bertulis tetapi terpakai sepenuhnya di Malaysia.

"Tindakan tersebut, oleh itu, tidak menjurus di bawah Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang bertulis, dan Mahkamah Tinggi tidak boleh bergantung pada mana-mana daripadanya dalam menentukan sama ada Perdana Menteri seorang penjawat awam.

"Sifat kuasa-kuasa di pejabat Perdana Menteri sepatutnya telah diperiksa untuk menentukan sama ada pejabat tersebut layak sebagai pejabat awam di bawah undang-undang biasa," kata Varughese dalam kenyataan, hari ini.

Sekitar akhir bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman misfeasans oleh Mahathir dan dua lagi berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam ke atas Najib.

Hakim Abu Bakar Jais memutuskan bahawa Najib, sebagai perdana menteri, bukan seorang penjawat awam dalam jawatan awam.

Beliau kemudiannya membenarkan permohonan Najib untuk menolak saman itu dan mengarahkan Dr Mahathir, bersama-sama dengan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin membayar kos sebanyak RM30,000.

Peguam Mahathir, Haniff Khatri Abdulla berkata, mereka akan merayu keputusan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS