Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ceramah BERSATU di Felda Palong diteruskan walau diberi amaran

Ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Felda Palong 7 di Jempol, Negeri Sembilan malam ini akan diteruskan walaupun dikatakan mendapat amaran daripada pengurusan Felda.

Ketua BERSATU Bahagian Jempol, Baharudin Ahmad berkata, mereka juga telah mendapat kebenaran polis untuk meneruskan acara tersebut.

Bagaimanapun, Baharudin tidak dapat mengesahkan kebenaran surat yang kononnya daripada pengurusan Felda Palong 7, kepada pemilik sebuah rumah yang menjadi tuan rumah kepada majlis ceramah berkenaan.

Surat itu memberi amaran kepada pemilik rumah itu agar bertanggungjawab jika berlaku kejadian yang tidak diingini, atau berdepan tindakan undang-undang jika penceramah pada majlis itu mengutuk dasar Felda.

Percubaan untuk menghubungi pengurusan Felda Palong 7 bagi mendapatkan komen tidak berjaya.

Tanpa mengira kesahihan surat itu, Baharudin berkata, pihak pengurusan Felda Palong 7 tidak mempunyai hak untuk menghalang peneroka daripada mengadakan majlis tersebut.

"Beliau sudah mempunyai hak milik tanah. Apa sahaja yang dia mahu lakukan dengan rumahnya adalah urusannya," kata Baharudin ketika dihubungi petang ini.

Acara di Felda Palong 7 malam ini akan turut menampilkan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Lihat Komen
ADS