Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Teng OK PAS kekal dalam S'gor
Diterbitkan:  May 11, 2017 3:13 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Exco kanan kerajaan negeri Selangor dari DAP, Datuk Teng Chang Kim tidak mempunyai masalah dengan PAS yang masih kekal berada dalam kabinet negeri.

Teng berkata, ia masih berjalan seperti biasa di pentadbiran negeri dan perubahan dalam kabinet tidak perlu selagi PAS bekerja dalam kerangka manifesto pilihan raya umum ke-13 oleh Pakatan Rakyat.

"Selagi exco PAS masih bekerja dalam kerangka kerja yang sama dengan Pakatan Harapan, patutnya tiada sebarang masalah. Kita boleh bersabar mengenainya.

"Sudah tentu, jika mereka memutuskan untuk tidak bergerak selari daripada manifesto kami, ia berlainan. Seperti sekarang, segala-galanya seperti biasa.

"Apabila keadaan berjalan seperti biasa, mengapa kita perlu merobahnya?," jelasnya kepada pemberita di Petaling Jaya, hari ini.

Ujar Teng, dengan spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-14 akan diadakan tidak lama lagi, tiada ketergesaan untuk menukar barisan exco.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran awal Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2017 di Pusat Konvensyen Setia City yang dijadualkan pada bulan September.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS