K’jaan hantar pulang tiga warga Turki, kata IGP
Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa tiga warga Turki yang ditahan dan dipercayai terbabit dengan aktiviti kumpulan pengganas, telah dihantar ke negara asal mereka, malam semalam.
"Polis mengesahkan bahawa warga Turki, Mturgay Karaman, Ihsan Aslan dan Ismet Ozcelik telah dihantar pulang ke Ankara malam tadi," tulisnya dalam tweet.
@PDRMsia confirmed that Turkish Nationals; MTURGAY KARAMAN; IHSAN ASLAN and ISMET OZCELIK was deported back to Ankara last night.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) May 12, 2017
T Karaman dan I Aslan ditahan pada Selasa lalu manakala warga Turki ketiga, Ismet Ozcelik, ditahan pada Khamis lalu.
Peguam Rosli Dahlan, yang mewakili kedua-dua Karaman dan Ozcelik, berkata anak guamnya dan Aslan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan disiasat di bawah Seksyen 130J Kanun Keseksaan.

