Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Datuk Bandar pertahan logo Umno di bangunan DBKL

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz mempertahankan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mempamerkan logo Umno di bangunan ibu pejabat pihak berkuasa tempatan itu di ibu negara itu.

Tegas Mohd Amin, ini kerana pihaknya hanya akan melakukan apa yang dirasanya betul.

"Kita rasa betul kita buat," kata Mohd Amin ringkas kepada Malaysiakini.

Beliau tidak mengulas lanjut berkaitan tindakan itu.

Semalam, Malaysiakini melaporkan logo Umno terpampang di bangunan 34 tingkat di ibu negara, berdasarkan rakaman video orang awam yang dikongsi bersama portal ini.

Bagaimanapun, logo yang dipamer menggunakan pancaran laser itu difahamkan telah muncul lebih awal lagi.

Semalam, Umno menyambut ulang tahun ke-71 parti itu, setelah ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru.

Gambar bendera Malaysia dan logo rasmi sambutan itu turut dipamerkan.

Tindakan DBKL itu turut mengundang rasa tidak puas hati seorang wakil rakyat pembangkang Lim Lip Eng sebagai tidak menghormati warga kota yang rata-rata memberi undi kepada pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Sambutan utama ulang tahun Umno itu diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil mulai lewat petang semalam dan dihadiri oleh presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Lihat Komen
ADS