Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak berasa bimbang dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, keputusan itu hanya mengesahkan hasrat PAS yang mahu merenggangkan parti itu daripada pakatan pembangkang sejak dua tahun yang lalu.

"Ia terbukti dalam cara mereka bertindak dengan Pakatan Rakyat (yang kini terbubar), mula-mula mereka berkelahi dengan DAP, kemudian AMANAH yang begitu dibenci dan juga mendapati sebab untuk mengkritik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pengerusinya (Tun) Dr Mahathir Mohamad.

"Berpecah dengan PKR adalah episod akhir drama itu, sejajar dengan skrip yang diarahkan oleh Umno," katanya kepada Malaysiakini.

Pakatan Rakyat dibubar dan digantikan dengan Pakatan Harapan, yang turut membabitkan AMANAH selepas hubungan PAS terputus dengan DAP pada tahun 2015.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS