Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah benar penangguhan persempadanan semula di Melaka
Diterbitkan:  May 12, 2017 4:39 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

Mahkamah Tinggi Melaka hari ini membenarkan permohonan penangguhan persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk kedua-dua kawasan parlimen dan negeri di Melaka.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera dalam keputusan yang dibuat dalam kamarnya menetapkan 14 Jun sebagai tarikh perbicaraan, lapor New Straits Times Online.

“Sekurang-kurangnya ini akan menangguhkan proses persempadanan semula itu hingga keputusan hakim selepas kes dibahaskan di mahkamah," kata aktivis sosial Chan Tsu Chong, yang adalah antara tujuh plaintif yang memfailkan permohonan itu pada 4 April.

Plaintif lain adalah Neo Lih Xin, 31, Azura Talib, 40, Lim Kah Sheng, 31, Norhizam Hassan Baktee, 51, Amir Khairudin, 53 dan Amran Atan, 47.

Mereka diwakili oleh peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS