Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR petik kata-kata Nik Aziz bidas exco PAS S'gor
Diterbitkan:  May 12, 2017 9:32 PM
Dikemaskini: May 13, 2017 4:08 AM

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudddin Nasution Ismail memetik kata-kata arwah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membidas beberapa exco PAS yang enggan meletak jawatan daripada kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Khususnya, Saifuddin merujuk reaksi Allahyarham Nik Abdul Aziz apabila ahli-ahli exco daripada parti Semangat 46 enggan meletak jawatan daripada kerajaan Kelantan walaupun terputus hubungan dengan PAS pada tahun 1996.

"Tindakan mereka (yang mengekalkan jawatan exco) adalah tidak bermoral dan tidak bermaruah kerana mereka telah memutuskan hubungan politik dengan PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah," petik Saifuddin dalam catatan di Facebook.

Angkatan Perpaduan Ummah adalah gabungan antara PAS dan parti serpihan Umno, Semangat 46 yang membantu menawan kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1990 dan 1995.

Bagaimanapun, pada tahun 1996, hubungan menjadi tegang dan Semangat 46 akhirnya dibubarkan dengan pemimpinnya, Tengku Razaleigh Hamzah dan sebahagian besar parti itu kembali kepada Umno.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS