Isteri terkejut suami dihantar pulang ke Turki pagi ini
Isteri warga tempatan lelaki Turki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan terkejut tentang berita pengusiran suaminya pagi ini - dari seorang wartawan.
Suaminya, Ihsan Aslan adalah salah seorang daripada dua lelaki Turki yang ditahan pada Selasa lalu oleh polis Malaysia.
"Saya masih terkejut, saya tidak jangka ini berlaku sama sekali," isteri Ihsan, Ainnurul Aisyah Yunos Ali Maricar kepada pemberita, petang ini.
Ainnurul Aisyah berkata, beliau dimaklumkan pada pagi ini oleh wartawan di tweet oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengumumkan tiga warga Turki, termasuk Ihsan, dihantar pulang ke Ankara, Turki.
Jelasnya, apabila beliau dan peguamnya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin bertemu dengan Ihsan pada pukul 3 petang di Balai Polis Bukit Aman semalam, 'tiada petunjuk akan dihantar pulang'.
"Apabila kami menemuinya semalam, segala-galanya baik.
"Dia fikir akan dibebaskan tidak lama lagi dan kami juga merancang apa yang akan dilakukan minggu yang mendatang. Dia tidak tahu," kata Ainnurul Aisyah.

