Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M kata terlalu tua untuk bertanding PRU14
Diterbitkan:  May 13, 2017 3:25 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 'masa ini' mempunyai peluang lebih baik berbandingnya, tetapi jika pilihan raya yang adil dijalankan, pentadbiran beliau boleh ditumbangkan.

Dalam temu bual eksklusif bersama Australia SBS World News baru-baru ini, bekas perdana menteri itu berkata, pada usia 91 tahun, beliau terlalu tua untuk bertanding dalam pilihan raya, menjadi oportunis dan menyimpan 'cita-cita' di sebalik tindakannya mengkritik Najib dan Umno.

Apabila wartawan Jarni Blakkarly bertanya sama ada beliau menjangka untuk kembali aktif dalam politik, 14 tahun selepas meletak jawatan sebagai PM, Mahathir menjawab secara negatif.

"Pada ketika saya letak jawatan, saya fikir akan terus bersara, berehat dan menikmati kehidupan tetapi nampaknya ia tidak seperti itu."

Tambah Mahathir, beliau kembali aktif dalam politik setelah didorong oleh banyak pihak yang datang mengadu padanya dengan memintanya melakukan sesuatu, tentang kekangan pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan kini, Najib.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS