Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak berani memberikan pandangannya terhadap status Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut yang digugurkan kelayakannya sebagai wakil rakyat pada 12 Mei lalu.

Kata peguam negara, beliau tidak pasti mengenai fakta yang diambil kira dalam keputusan berkenaan.

"Undang-undangnya adalah jelas, tetapi saya tak pasti mengenai faktanya," kata Apandi yang ditemui di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan DUN Sarawak yang memecat Dr Ting Tiong Choon selepas usul mengenainya dibentangkan dan diluluskan minggu lalu.

Ketika sesi pengundian dijalankan usul itu disokong 70 wakil rakyat mananakala 10 yang lain menentangnya.

Ting didakwa memiliki kewarganegaraan Australia dan ia bercanggah dengan Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

Ting didakwa memperolehi kewarganegaraan Australia pada 20 Januari 2010.

Apandi menjelaskan undang-undang negara tidak membenarkan rakyat ini memiliki dua kewarganegaraan.

"Ia adalah jelas. (Bagaimanapun) saya tidak ada fakta sebenar, agak kabur jadi saya tak berani komen," katanya ketika ditanya sama ada keputusan pemecatan itu wajar dibuat oleh mahkamah.

[Baca berita lanjut]

Lihat Komen
ADS