Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengeluar mahu naikkan harga gula lagi 29 sen sekilo
Diterbitkan:  May 15, 2017 4:43 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

MSM Malaysia Holdings Bhd dilapor masih berunding dengan kerajaan untuk menaikkan harga gula tempatan sebanyak 29 sen sekilogram lagi bagi memastikan keuntungan syarikat itu tahun ini.

Presiden kumpulan merangkap ketua pegawai eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad berkata harga gula mentah yang tidak stabil, ditambah lagi prestasi semasa ringgit menjadikan 2017 sebagai tahun yang amat mencabar.

“Susulan turun naik harga gula mentah, kerajaan patut menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen sekilogram,” beliau dilapor sebagai berkata kepada pemberita selepas perhimpunan tahunan MSN Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

FGV memiliki 51 peratus saham MSM, syarikat utama pengeluar gula negara ini.

Kerajaan sudah menaikkkan kadar gula tempatan sebanyak 11 sen sekilogram kepada RM2.95 sekilogram pada 1 Mac lalu, walaupun MSM meminta kenaikan 40sen.

Lihat Komen
ADS