Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang pegawai kanan Public Bank hari ini memberi keterangan bahawa penyata kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Datuk Mohd Salleh Ismail telah dicetak dari komputer Johari Mohamad, tertuduh dari cawangan bank Jinjang.

Bagaimanapun, saksi Fam Yoke Fong berkata, Johari tidak mempunyai akses kepada dokumen-dokumen itu kerana identiti log masuk adalah lain, yang hanya dikenali sebagai "CCH" dan telah digunakan untuk mengakses dokumen berkenaan.

"CCH" digambarkan sebagai Chan Chen Hooi, seorang pegawai kanan di cawangan itu.

Fam, yang juga pengurus besar bank itu bagi bahagian IT, memberitahu mahkamah bahawa Johari telah log masuk ke komputer itu menggunakan identiti log masuk dan kata laluan.

"Selepas itu, 'CCH' menggunakan komputer yang sama untuk log masuk ke dalam sistem penyampaian cawangan (BDS), yang mempunyai akses kepada (maklumat sulit).

"Johari tidak mempunyai akses kepada BDS ... Saya hanya boleh mengesahkan bahawa Johari log masuk untuk komputer peribadi. Kemudian, pengguna lain yang dikenali sebagai CCH menggunakan komputer yang sama untuk log masuk ke dalam sistem BDS.

"Dasar Bank kami dengan jelas menyatakan bahawa kami tidak boleh berkongsi ID dan kata laluan kami," katanya.

Fam adalah saksi pendakwaan pada perbicaraan kes anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Johari, yang kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 97 Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia) berhubung pendedahan empat akaun yang dikaitkan dengan NFC dan Salleh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS