Malaysiakini
BERITA

Hakim tarik diri daripada kes semakan OSA Azmin

Hafiz Yatim

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Mei 2017, 4:57 pagi

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Azizah Nawawi melucutkan diri daripada mendengar semakan kehakiman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang mencabar tindakan kerajaan pusat mengklasifikasikan laporan audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Azizah hari ini selepas beliau dilantik untuk mendengar kes tersebut minggu lalu bagi menggantikan Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang telah dipindahkan ke Shah Alam.

Timbalan Presiden PKR memfailkan permohonan semakan kehakiman di mana beliau menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan kerajaan sebagai responden.

Peguam Azmin, Ganesan Nithi memberitahu pemberita bahawa Hakim Azizah mengambil keputusan untuk menarik diri atas sebab bahawa suaminya, Datuk Nik Shuhaimi Nik Sulaiman memegang jawatan sebagai penasihat undang-undang negeri Selangor .

"Oleh itu mahkamah menetapkan 23 Mei ini untuk pengurusan kes di hadapan pendaftar untuk membuat keputusan mengenai hakim lain bagi mendengar kes itu," katanya.

Azmin memohon deklarasi bahawa pengklasifikasi laporan audit di bawah OSA adalah menyalahi undang-undang dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon perintah mandamus untuk memaksa ketiga-tiga responden, ejen mereka dan pegawai berkenaan untuk mengklasifikan semula laporan audit 1MDB menurut Seksyen 2C daripada OSA, dan untuk mendedahkan laporan itu kepada orang ramai.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.