Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA khuatir komunisme menyusup dalam perjanjian MCA
Diterbitkan:  May 16, 2017 5:54 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

PERKASA melahirkan kebimbangannya dengan tindakan MCA yang memeterai perjanjian kerjasama dengan Parti Komunis China (CPC), dengan berkata ini akan membawa masuk pengaruh dan memperluaskan ideologi komunisme.

“Perjanjian dan kerjasama ini tentunya akan membawa masuk pengaruh dan memperluaskan ideologi komunisma yang amat berbahaya kepada negara.

“Malah, keakraban kedua dua pihak selama ini pun sudah patut dicurigai kerajaan.

“Mengapakah kerajaan membenarkan perkara begini berlaku?” soal Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Sirajuddin H Salleh.

Beliau mengulas perjanjian MCA dengan CPC untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran, strategik, pembangunan kampung dan aspek lain.

Sirajuddin mempersoalkan jika kerajaan telah lupa apa yang dilakukan komunis terhadap negara ini pada masa lalu.

“Lupakah pemimpin pemimpin BN, Umno dan NGO Melayu betapa ribuan anggota askar Melayu dan keluarga mereka yang terkorban dan menderita bertempur di zaman darurat dahulu, dengan puak kominis yang tentunya berkiblatkan Beijing dan Mao Zedong?” katanya.

Sambil menuduh MCA sebagai ‘musuh dalam selimut’, Sirajuddin menggesa Wisma Putra, pihak tentera dan polis serta NGO untuk membantah sekeras-kerasnya tindakan MCA.

Beliau menegaskan bahawa hubungan luar adalah perkara yang melibatkan kerajaan persekutuan dan bukannya MCA.

“Oleh itu, PERKASA sekali lagi menuntut supaya kerajaan membatalkan kerjasama MCA-CPC ini.

“Kita juga mahu supaya Pemuda Umno, PAS, BERSATU, Persatuan Bekas Perajurit dan NGO lslam lain supaya segera bangun menentang kesekongkolan MCA-CPC ini demi masa depan negara yang aman damai, makmur dan maju,” kata Sirajuddin.

Ahad lalu, bekas diplomat Dennis Ignatius juga menimbulkan kebimbangan yang sama, termasuk keputusan MCA untuk menghantar pemimpinnya untuk latihan kader di China.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS