Kerajaan di seluruh dunia memberi tumpuan kepada kemungkinan gelombang baru ancaman siber semalam ekoran ancaman terbaru dari kumpulan yang membocorkan alat godaman AS untuk melancarkan serangan global "ransomware" WannaCry.

Di Malaysia, syarikat keselamatan siber LE Global Services berkata ia telah mengenal pasti 12 kes setakat ini, termasuk sebuah syarikat besar berkaitan kerajaan, sebuah firma pelaburan berkaitan kerajaan dan sebuah syarikat insurans. Ia tidak menamakan entiti terbabit.

"Kita mungkin belum lagi mendapat gambaran sebenar, kerana syarikat-syarikat tidak diberi mandat untuk mendedahkan pelanggaran keselamatan kepada pihak berkuasa di Malaysia," kata LE Global CEO Fong Choong Fook.

"Situasi sebenar mungkin serius. Dalam salah satu kes, serangan itu dikesan bermula sejak awal April."

Kempen pemerasan siber itu, yang telah menjangkiti lebih 300,000 komputer di seluruh dunia sejak hari Jumaat, reda untuk hari kedua semalam, tetapi identiti dan motif penciptanya masih tidak diketahui.

Serangan itu merangkumi unsur-unsur yang dimiliki oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan telah bocor dalam talian bulan lepas.

Shadow Brokers, kumpulan yang telah mengambil kredit keatas kebocoran itu, mengancam semalam untuk melepaskan lebih banyak kod terbaru untuk membolehkan penggodam memecah masuk komputer, perisian dan telefon yang paling banyak digunakan di dunia.

Satu catatan blog yang ditulis oleh kumpulan itu, berjanji sejak bulan Jun untuk melepaskan alat setiap bulan kepada sesiapa yang bersedia untuk membayar bagi akses kepada beberapa rahsia komersial terbesar dunia berteknologi ini.

Ia juga mengancam untuk membuang data dari bank-bank yang menggunakan rangkaian pemindahan wang antarabangsa Swift dan dari program nuklear dan peluru berpandu Russia, China, Iran atau Korea Utara.

"Maklumat lanjut pada bulan Jun," janjinya. [Baca berita penuh]

- Reuters