Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Sekolah kanak-kanak Bajau Laut mohon sumbangan orang ramai
Diterbitkan:  May 18, 2017 9:25 AM
Dikemaskini: 1:39 AM

Sebuah sekolah yang diterajui komuniti untuk kanak-kanak Bajau Laut tanpa kerakyatan di Sabah memohon sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai operasinya.

Salah satu matlamat pembiayaan Iskul Sama Dilaut Omadai adalah untuk mendapatkan 50 pemberi dana untuk mengikrarkan RM400 setiap satu, bagi mengumpulkan RM40,000 bagi saraan seorang penyelaras lapangan tempatan selama 12 bulan.

Penyelaras itu akan ditugaskan untuk menganjurkan aktiviti sekolah, menasihati dan menyokong pelajar dan Mastral Arikik - remaja bersekolah Malaysia yang ditugaskan untuk mengajar kanak-kanak tanpa kerakyatan itu.

Penyelaras itu juga akan menguruskan projek untuk membina sebuah pondok sebagai tempat sekolah beroperasi.

Mereka yang berminat untuk menjadi penyumbang kewangan boleh pergi ke laman web iskul.my mereka.

Sebagai alternatif, anda juga boleh memindahkan wang ke akaun Public Bank berikut, dengan menyatakan "Field Coordinator Fund" dalam butiran pemindahan itu.

Nombor akaun: 6-4100571-29
Nama Akaun: Chuah Ee Chia dan Liew Hui Ling

Penyumbang diminta untuk e-mel resit pemindahan kepada [email protected] untuk tujuan penyimpanan rekod.

Terletak di Kepulauan Omadai berhampiran Semporna, Iskul telah ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai satu cara untuk mengajar anak-anak Bajau Laut yang tidak mempunyai kerakyatan Malaysia - dan dengan itu tidak dapat untuk mendaftar di sekolah kerajaan.

Pelajar di Iskul diajar untuk membaca dan menulis, matematik asas, dan juga seni.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS