Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Serang Yeoh: Petanda tolak ansur agama rendah
Diterbitkan:  May 18, 2017 12:28 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Laporan polis ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh adalah petanda tahap toleransi agama yang semakin rendah di negara ini, kata pimpinan DAP Sabah.

"Tindakan pensyarah menyerang Hannah Yeoh ekoran tafsiran beliau berkenaan buku bertajuk 'Becoming Hannah' amat membimbangkan bagi rakyat Sabah.

"Ia menunjukkan degradasi sekularisme yang telah dijamin semasa pembentukan Malaysia.

"Ia juga trend yang membimbangkan dalam toleransi agama dalam masyarakat Malaysia yang berbilang budaya di bawah pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak)," kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah, Adrian Lasimbang.

Lasimbang juga adalah naib pengerusi majlis perundingan Orang Asal Sabah.

"Sebagai Orang Asal yang beragama Kristian, kami memberi peringatan kepada kerajaan kita bahawa semasa pembentukan Persekutuan, kami diberi jaminan khas kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Batu Sumpah berdasarkan adat kami.

"Semua dalam Persekutuan sepatutnya dapat mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa ugutan," kata Lasimbang.

"Kami amat sedih dengan tafsiran berfikiran sempit mengenai Perlembagaan dari mereka yang mendakwa diri kononnya pendidik dan ahli akademik.

"Adakah ini yang mereka mengajar kepada anak-anak kita di universiti hari ini?" tanya beliau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS