Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM lawat Hadi Awang di IJN
Diterbitkan:  May 18, 2017 3:02 PM
Dikemaskini: 7:05 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meluangkan masa melawat ​​​​​​Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada hari Selasa.

Perdana menteri yang meluangkan masa selama 15 minit turut bertemu dengan keluarga Abdul Hadi dan doktor yang merawat anggota Parlimen Marang itu.

"Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar, kini beliau sedang dalam proses pemulihan.

"Sama-sama kita doakan beliau segera sembuh dan dalam perlindungan Allah SWT sentiasa," kata Najib di laman Twitter dan Facebook beliau.

IJN dalam kenyataan Isnin lepas berkata Abdul Hadi menjalani pembedahan penggantian injap jantung selepas didapati mengalami peningkatan simptom disebabkan injap jantung bocor yang menjejaskan aktiviti harian beliau.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS