Kumpulan hak pekerja asing, Tenaganita, berkata pembekuan pengambilan pembantu rumah Kemboja ke Malaysia tidak perlu ditarik balik sehingga wujudkan rangka kerja institusi untuk melindungi mereka.

"Sebuah jawatankuasa bersama untuk memuktamadkan satu perjanjian mengenai pengambilan pekerja, latihan dan syarat pekerjaan oleh kedua-dua kerajaan, masih belum mencukupi untuk melindungi pekerja domestik di Malaysia.

"Kedua-dua kerajaan Malaysia dan Kemboja tidak membuat sebarang perubahan asas dalam memastikan satu rangka kerja perundangan yang sempurna bagi melindungi pekerja domestik di Malaysia.

"Oleh itu, kami menggesa kerajaan Kemboja untuk terus membekukan pengambilan pekerja domestik ke Malaysia sehingga rangka kerja institusi ditukar bagi memastikan pengiktirafan pembantu rumah sebagai pekerja," kata Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene A Das dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem yang pada hari Isnin membayangkan bahawa pembantu rumah dari Kemboja akan dibawa semula ke Malaysia tidak lama lagi.

Kemboja telah membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada Oktober 2011 berikutan beberapa laporan kes penderaan.

Glorene kata menteri kerajaan memberi jaminan politik tidak bertukar kepada rangka kerja perlindungan hak dan hanya bertujuan untuk menenangkan pengkritik.

[Baca berita penuh]