Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jepun lulus RUU benarkan maharaja turun takhta
Diterbitkan:  May 19, 2017 11:00 AM
Dikemaskini: 3:48 AM

GLOBAL Kabinet Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada hari Jumaat meluluskan rang undang-undang membenarkan Maharaja Akihito untuk turun takhta dan menyerahkan tugas baginda kepada Putera Mahkota Naruhito, lapor agensi berita China Xinhua.

Langkah melepaskan tahta oleh Maharaja Jepun itu adalah yang pertama kali berlaku dalam tempoh 200 tahun.

Kerajaan Jepun sebelum ini mempertimbangkan Disember 2018 sebagai tarikh Maharaja untuk turun takhta kerana pada ketika itu baginda akan mencecah usia 85 tahun.

Menurut sumber, Maharaja Jepun Akihito mungkin akan kekal menerajui takhta dan perubahan dijangka berlaku pada awal 2019.

Rang Undang-Undang berkenaan dibuat susulan sebelum ini maharaja pernah menyuarakan hasrat baginda mahu melepaskan takhta dalam beberapa tahun lagi.

Ia akan dikemukakan kepada Diet (Parlimen Jepun) dan dijangka akan berkuatkuasa pada akhir sesi Diet pada pertengahan Jun.

Pada Ogos lalu, Maharaja Akihito bertitah menerusi siaran televisyen yang jarang berlaku, di mana baginda menzahirkan hasrat mahu melepaskan takhta atas faktor usia dan kesihatan kerana menyukarkan baginda menjalankan tugas rasmi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS