Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seramai 12,625 orang menerima bantuan menerusi Program Umno Bantu Rakyat di 25 bahagian Umno di negeri ini.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Sabah merupakan lokasi negeri ke lapan program itu dilaksanakan sejak dilancarkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Mei lepas di Kuala Lumpur.

Katanya di Sabah, program pertama diadakan di Kampung Tanjung Aru dalam Bahagian Umno Kinabatangan, hari ini.

Ini juga merupakan lokasi ke 21 dikunjungi menerusi program ini yang menjelajah ke seluruh negeri kecuali Sarawak, katanya pada sidang media di Sandakan, hari ini.

Menurutnya esok program ini akan diadakan di Umno Kalabakan Tawau, diikuti di Papar dan terakhir di Sepanggar, Kota Kinabalu pada Khamis ini.

Katanya selain empat lokasi ini, program ini akan mengadakan lawatan rumah ke rumah bagi mengunjungi individu yang sakit dan uzur.

Beliau berkata Program Umno Bantu Rakyat ini akan disambung di 50 lagi lokasi tumpuan di negara ini selepas Hari Raya Aidil Fitri.

Shamsul Anuar berkata program ini tertumpu di peringkat akar umbi supaya Umno lebih dekat dengan rakyat.

Menurutnya Program Umno Bantu Rakyat ini bukan program baharu tetapi hanya penjanaan semula nama program ini.

"Umno daripada dahulu lagi telah membantu rakyat dan diteruskan ternasuk melibatkan agensi kerajaan dalam membantu rakyat serta memahami mesej yang dibawa Umno.

"Perdana Menteri mahu kepimpinan Umno memantapkan dan melipatgandakan lagi usaha membantu rakyat secara berterusan menerusi konsep turun padang," katanya.

Shamsul Anuar juga berkata Umno sebagai tulang belakang Barisan Nasional akan mengenal pasti isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat sama ada melibatkan dasar-dasar kerajaan atau pelaksanaannya menerusi program ini.

Katanya fakta-fakta ini akan dikumpulkan sebelum dikemukakan kepada kerajaan agar rakyat menerima manfaat dan kebaikan yang dibawa oleh kerajaan.

Dalam pada itu, seramai 400 orang daripada keluarga miskin, ibu tunggal dan anak yatim menerima sumbangan pada program di Kampung Tanjung Aru Kinabatangan.

Seramai 200 murid Tahun Satu dan Empat menerima sumbangan menerusi pembukaan akaun Tabung Haji dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

-Bernama

Lihat Komen
ADS