Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penting BN rampas semula Pujut dari DAP, kata TKM S'wak
Diterbitkan:  May 23, 2017 4:29 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Objektif Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut jelas untuk memenangi kerusi itu, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah Embas.

"Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg juga mempunyai strateginya sendiri bagi memastikan kejayaan BN dalam pilihan raya kecil ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Teknologi Maklumat di Asia (CITA) ke-10 2017, hari ini.

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon hilang kelayakan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berdasarkan Peraturan 17(1)(g) Perlembagaan Negeri kerana memperoleh kewarganegaraan Australia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Jun ini untuk penamaan calon manakala 4 Julai hari pengundian.

Uggah berkata penting untuk BN memenangi PRK ini kerana ia akan merupakan pilihan raya kecil pertama bagi Abang Johari selepas dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-6 Januari lepas selain permulaan bagi Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau berkata pada pilihan raya negeri yang lepas, BN berjaya merampas kembali beberapa kerusi yang sebelum ini dimenangi DAP.

- Bernama

Lihat Komen
ADS