Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shafie Apdal nafi terima dana 1MDB
Diterbitkan:  May 24, 2017 11:26 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Shafie Apdal menafikan beliau pernah menerima dana 1MDB ketika berada dalam Umno, memetik laporan Malay Mail Online.

Beliau yang pernah memegang jawatan bekas naib presiden Umno turut menafikan dakwaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri sebelum ini mendakwa Shafie dan bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah penerima terbesar bagi mana-mana derma yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Setakat yang saya tahu, Najib tidak pernah memberi saya apa-apa dana daripada 1MDB.

"Saya benar-benar ingin tahu dakwaan Nazri tentang kami sebagai penerima yang lebih banyak dan akaun bank saya yang beliau depositkan," kata Shafie dengan menuntut bukti daripada bekas rakan seperjuangannya itu.

Ahli Parlimen Semporna itu menegaskan beliau tidak pernah bercakap dengan Perdana Menteri mengenai pembiayaan itu, kecuali hanya sekali sahaja mengenai pekeliling tawaran penajaan "buat sesiapa yang ingin mengerjakan umrah sehingga lima orang, tetapi hanya beberapa ribu ringgit bagi setiap orang".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS