Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berharap, menjelang 2050 tiada lagi kenyataan yang menyalahkan wanita atas jenayah yang dilakukan ke atas mereka.

"Umumnya kenyataan begitu tidak wajar. Suara-suara yang begitu (menyalahkan wanita) langsung tidak mewakili kita," katanya selepas mengendalikan sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di Kajang semalam.

Kata Rohani tiada wanita mahu dipersalahkan atas kejadian jenayah yang berlaku pada mereka.

"Saya harap ketika kita menuju 2050 semua (kenyataan) ini tidak ada lagi," katanya.

Anggota Parlimen Batang Lupar itu mengulas diminta mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini.

Menurut Tengku Adnan wanita perlu berpakaian selekeh sedikit bagi mengelak gangguan. Bagaimanapun setiausaha agung Umno itu menjelaskan kenyataan berkenaan bersifat gurauan saja.

Rohani juga memberikan reaksi kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memetik wanita gemuk dalam ucapannya baru-baru ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS