Paling Popular
Terkini
story images
story images

Sekurang-kurangnya 106 orang awam, termasuk 42 kanak-kanak terbunuh dalam siri serangan udara yang dilancarkan oleh pakatan yang diketuai Amerika Syarikat ke atas sebuah bandar yang dikuasai IS di Syria, lapor sebuah badan pemantau semalam.

Laporan itu dibuat hanya beberapa jam selepas PBB menuduh pakatan ketenteraan itu gagal untuk melindungi orang awam di negara itu. Badan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, serangan terbaru itu menyasarkan bandar al-Mayadeen di pinggir timur wilayah timur Deir al-Zour.

"Terdapat dua pusingan serangan: satu malam kelmarin dan yang kedua selepas tengah malam, menyasarkan bangunan yang menempatkan keluarga pejuang IS," kata ketua badan pemantau itu, Rami Abdel-Rahman kepada dpa.

Beliau berkata kebanyakan yang terbunuh adalah rakyat Maghribi dan Syria, yang melarikan diri ke al-Mayadeen dari al-Raqqa, de ibu negeri de facto IS di timur laut Syria.

"Ini adalah satu pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap keluarga para pejuang IS," kata Abdel-Rahman.

Pada mulanya, badan pemantau itu berkata sekurang-kurangnya 35 orang awam terbunuh dalam serangan di al-Mayadeen.

Tidak ada komen dari pakatan yang diketuai AS. Badan pemantau itu melaporkan minggu ini bahawa antara 23 April dan 23 Mei tahun ini, serangan pakatan itu telah mengorbankan seramai 225 orang awam di Syria.

Awal semalam, PBB berkata pakatan yang diketuai Amerika Syarikat tidak mengambil langkah yang mencukupi untuk mengelakkan kematian orang awam di Syria ketika ia memerangi pelampau IS di sana.

[Baca berita penuh]

dpa
 

Lihat Komen
ADS