Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mereka sendiri tak pernah beli kereta Proton, kata Johari
Diterbitkan:  May 27, 2017 12:49 PM
Dikemaskini: 5:06 AM

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani membidas pengkritik penjualan pegangan 49.9 peratus dalam Proton Holdings Bhd kepada firma China, dengan mendakwa mereka sendiri pun tidak pernah menyokong kereta nasional itu.

“Ramai pihak mengadu sa­yangkan Proton, tetapi mereka sendiri tidak pernah membeli kereta Proton.

"Kalau sayang Proton, mereka perlu beli," beliau dilaporkan sebagai berkata dalam Utusan Malaysia hari ini.

Johari berkata demikian selepas satu majlis di sebuah masjid di kawasan Parlimen Titiwangsa di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kritikan bahawa pembelian 49.9 peratus kepentingan dalam Proton Holdings Bhd. (Proton) oleh Geely Holding Group Co. Ltd (Geely) akan mengikis jenama kereta nasional.

Walaupun menteri itu tidak menyebut sebarang nama, salah seorang pengkritik paling lantang berhubungan penjualan kepentingan Proton itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS