Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) menggesa syarikat penerbangan menggajikan lebih ramai pramugara demi keselamatan penumpang susulan kejadian membabitkan MH128, malam tadi.

Penerbangan Malaysia Airlines dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas seorang penumpang yang mendakwa membawa bahan letupan cuba memasuki kokpit.

Penumpang tersebut yang mengalami masalah mental dibebaskan daripada jagaan psikiatri beberapa jam sebelum menaiki penerbangan ditahan para penumpang dan anak kapal sebelum diserahkan kepada polis ketika mendarat.

"Nufam berharap semua syarikat penerbangan akan mengambil lebih ramai pramugara atas sebab-sebab keselamatan. Adalah penting bagi syarikat penerbangan untuk memiliki lebih ramai pramugara, terutama penerbangan jauh sebagai langkah pencegahan," katanya dalam kenyataan.

Katanya, pramugara mempunyai keupayaan fizikal yang lebih baik untuk mengawal jika ada para penumpang yang menimbulkan gangguan.

[Baca berita penuh]