Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Saya sendiri bawa Proton naik Genting Highlands'
Diterbitkan:  Jun 1, 2017 4:02 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

Mahathir dakwa beliau menjadi ketua uji pandu semua model Proton.

Menjawab pelbagai kritikan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan beliau adalah ketua uji pandu ke atas semua model keluaran Proton.

Ahli politik berusia 92 tahun itu juga mendakwa beliau memandu kereta Proton di jalan raya yang bersimpang siur menuju ke Genting Highlands.

Sebelum ini, pengkritik menuduh Mahathir membuat kecoh mengenai tindakan firma China, Geely Automobile Holding Ltd yang hampir pasti mengambil alih 49.9 peratus kepentingan Proton sedangkan beliau sendiri tidak menggunakan kereta nasional itu.

"Saya bawa semua kereta Proton tiap-tiap hujung minggu sendiri.

"Lainlah untuk pergi ke pejabat saya naik keretapun, saya duduk di belakang bukan saya jadi pemandu. Bagi kereta Proton, saya hendak memandu sendiri," katanya kepada sesi Facebook secara langsung.

Mahathir yang mengilhamkan penubuhan Proton turut mendedahkan beliau memiliki sebuah kereta Proton yang telah diubahsuai yang diuji pandunya pada setiap minggu.

"Sehingga sekarang, saya ada satu jenis kereta Proton yang telah diubahsuai, yang saya tiap-tiap minggu uji (pandu) sehingga saya naik ke Genting Highlands bawa kereta guna enjin kecil, saya dapati enjin berfungsi dengan baik,

"Saya uji (pandu) sendiri, semua kereta Proton di atas trek ujian dan luar," katanya.

Sementara itu, Mahathir menjelaskan beliau melawat Geely Automobile dengan pemilik DRB-Hicom, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pada 2014 untuk 'menambah baik' Proton.

"Kita sedang mencari jalan untuk memperbaiki lagi kereta kita dan dan satu daripada cara ialah menukar enjin. Kita dapati Geely telah beli Volvo dan Volvo pakar enjin," katanya.

Beliau mengulas para pengkritik termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang membuat rujukan lapuk mengenai laporan berita terdahulu mengenai kononnya Mahathir mempertimbang bekerjasama dengan Geely.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS