Paling Popular
Terkini

Sekurang-kurangnya 34 orang maut selepas lelaki bersenjata merempuh masuk ke sebuah kasino Manila, dan melepaskan tembakan dan membakar meja judi, lapor media Filipina hari ini, dalam apa yang para pegawai berkata satu percubaan rompakan.

Polis berkata, lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah membunuh diri selepas menembak ke arah pegawai bersenjata yang mengeledah kompleks hiburan Resorts World Manila beberapa jam selepas kejadian itu yang bermula sejurus selepas tengah malam.

Ramai yang maut kerana lemas terhidu asap ketika suasana kelam-kabut semasa tetamu dan kakitangan cuba menyelamatkan dari dari asap tebal di kompleks itu, demikian menurut satu laporan saluran ANC News, yang memetik sumber Biro Perlindungan Kebakaran.

Pemilik resort itu, Travellers International Hotel Group Inc berkata, pihak berkuasa masih mendapatkan maklumat lanjut

"Kami telah dimaklumkan ada beberapa mangsa, bilangan dan identiti mereka masih belumdipastikan," katanya dalam satu kenyataan. sahamnya susut tujuh peratus.

Sekitar waktu subuh, mayat suspek lelaki bersenjata itu ditemui dalam sebuah bilik hotel di kompleks itu, yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino dan pangkalan tentera udara, kata polis.

"Dia bakar dirinya dalam bilik hotel 510," kata Ketua Polis Filipina Ronald dela Rosa dalam satu sidang media. "Dia berbaring di atas katil, menutup dirinya dalam selimut tebal dan kelihtan seperti menyimbah dirinya dan minyak tanah."

Para pegawai berkata, sekurang-kurangnya 54 orang cedera, beberapa daripada serius, ketika mereka bergegas menyelamatkan diri apa yang yang pada mulanya telah dibimbangi sebagai serangan militan.

Ketua Polis Negara Filipina, Ronald dela Rosa memberitahu radio DZMM bahawa lelaki bersenjata itu tidak menghala senjatanya kepada orang ramai di kompleks hiburan Resorts World Manila, dan motifnya mungkin rompakan.

"Kami sedang melihat dari sudut rompakan kerana dia tidak mensasarkan orang ramai dan pergi terus ke bilik penyimpanan cip kasino.

"Dia letak kereta di tingkat dua dan merempuh masuk ke dalam kasino, menembak skrin TV besar dan men curahkan petrol di atas meja dan membakarnya."

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS